27.5.12

pahit macam kopi #fixi


jangan sebab satu kesalahan

semua

kebaikan tak dipandang lagi !

walla !

sekadar gambar hiasan

20.5.12

home for homeless

salam :)

sumber sini

alhamdulillah.aku berjaya menghabiskan minggu yang sangat memenatkan dalam sejarah aku bergelar pelajar universiti.serious aku rase 1st time penat sangat weh. hari isnin test statistic. rabu jadi usher pulak.selasa,rabu khamis kene siapkan assignment 50 pages phy math, jumaat viva lab lagi. adoiii memang sangat penat weh. nak tidur pong tak lena sangat sebab ada je kerja yang tak siap lagi. pheww~~

okay ! kembali kepada tajuk. lepas aku berjaya menghabiskan serta melalui minggu yang mencabar aku bersama teman-teman ada join program bawah help.program transformasi ape tah aku lupe pulak. haha. tapi program aku join tue adalah bagi makan dekat homeless.

program tue anjuran usim serta kerjasama dengan anjung singgah.anjung singgah nie macam 1 badan kebajikan yang bagi perlindungan dekat homeless. kalau homeless masuk situ akan diberi tempat tinggal, kalau berjaya dapat kerja sekali. ada tempat tue ditubuhkan bermula dari aduan rakyat dekat tv3 tue. untuk maklumat lanjut korang ley bace kat sini ngan jugak kat sini :)

anjung singgah
00:04

aktivit kiteorang dimulakan time pukul 12 malam. time tue banyak homeless dah ada dekat jalanan. memule masa taklimat diorang cakap mybe homeless nie ramai takde sebab ada raptai citrawarna dekat dataran merdeka. jadi mybe sume pegi sana. tapi sangkaan diorang meleset serta tidak tepat. dalam pukul 1 lebey pagi makanan dah habis diberi kepada homeless 

mereka yang terllibat


ape perasaan aku lepas join program nie? 
  • aku memula takot sebab ada antara diorang yang berkeras marah-marah taknak amek makanan. ada taknak kene amek gambar. ada jugak yang buat tak tahu je.tak kisah pape. dari permerhatian aku average umur dalam 40-an dan keatas r. dan majoriti macam cina je. 
  • second aku sedih tengok golongan nie. rasa bersyukur sangat dapat hidup dalam keadaan keluarga yang serba cukup serta harmoni. dapat belajar sume. aku terfikir. diorang xd keluarga ke. ada yang bagitahu tahu diorang macam ada problem teruk dan sebab jadi sebegitu.
  • lepas tue time memalam nielah dapat tengok keadaan kota sebenar. kiteorang jumpe budak melayu sendiri mabuk-mabuk tepi jalan, ada mamat bertatu tengah gaduh, ada yang berlegar-legar lah. first time jugaklah aku jenjalan kl dalam waktu macam tue. dalam lewat malam. dan "kuala lumpur bandar yang tak pernah tidur " 

gambar 1


gambar 2

hahaha. da macam buat karangan pulak weh. saya melaporkan untuk kelab kebajikan ! lol kekadang program cnie best jugak nak join. ley release sikit tension aku lepas ngadap assignment yang tak berpenghujung nie. hahaha.harap korang pon join jugak r program kebajikan cnie. insya-Allah ada ganjaran dari Allah nanti :)

okay. terima kasih baca (☞゚ヮ゚)☞ ☜(゚ヮ゚☜)

p/s : count down to final ! phewwww ~